Thursday, 4 August 2011

2 tahun

Pejam celik, pejam celik, sudah 2 tahun arwah mak pergi meninggalkan Ain. 4 Ogos 2009 hingga 4 Ogos 2011.
Sungguh pilu hati ini bila teringatkannya. Sekarang hanya tinggal Ain dan datuk di rumah. 
Hari-hari menjadi sunyi sejak mak meninggalkan dunia ini. Tetapi Ain tetap tabah walaupun diuji dengan pelbagai cabaran yang menimpa diri Ain dan datuk. 
Kami berdua mengharungi hidup dengan hati yang banyak kali terguris dan terhiris. 
Terutamanya datuk Ain. Dia mengharungi banyak cabaran sepanjang hidupnya. 
Hati terguris akan-akan dah menjadi satu perkara biasa. Ain tidak dapat bebuat apa-apa walaupun yang menyakitkan hatinya adalah bapa Ain sendiri. 
Pilu hati Ain melihat di saat-saat tuanya dia harus mengharungi perkara sebegini. 
Ain tidak sanggup melihat kesedihannya. Tapi apakan daya. Ain tak dapat nak buat apa-apa, hanya menemaninya mengharungi hari-hari yg mendatang. 
Ain berharap hati kami dan kesihatan kami sentiasa terpelihara. Dan juga, harap arwah mak di sana sentiasa dalam keadaan senang. 
Al-Fatihah...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...