Wednesday 16 February 2011

midori no hibi ending song

 

I just love the melody 
And listed as one of my fav song

Tuesday 15 February 2011

anime review : KANOKON


  • EPISOD : 12
  • GENRE : Lawak, Persekolahan, Kuasa x wujud di dunia reality, Ecchi, Cinta, Shounen, Harem
  • STATUS : Selesai dikeudarakan (2008)
  • RATE : R+ (mild nudity)

Kouta, budak dari kampung yang tinggal dengan datuknya, sekarang berpindah ke bandar untuk menghadiri sekolah tinggi. Perubahan hadir dalam hidupnya dengan rumah dan sekolah baru, tetapi dia tidak bersedia dengan kehadiran perempuan, khususnya seorang pelajar perumpuan bernama Chizuru yang merupakan seekor serigala jadian. Seolah-olah sifat agresif Chizuru tidak cukup menyusahkan Kouta, dia juga telah menangkap perhatian serigala jadian salji (Frosty) bernama Nozomu.

Kouta yang diheret ke peristiwa ghaib disebabkan dari kenalan dengan dua orang pelajar perempuan ini, menjadikan kehidupan sekolahnya menjadi lebih kacau dari hari ke hari.

  • OVA : KANOKON: MANATSU NO DAI SHANIKUSAI

Sunday 13 February 2011

anime review : PARADISE KISS

  • EPISOD : 12
  • GENRE : Komedi, Drama, Cinta, Kehidupan Seharian
  • STATUS : Selesai dikeudarakan (2005)
  • RATE : R - 17+

Yukari adalah seorang pelajar sekolah biasa yang sentiasa mendengar kata ibu bapanya dan menghadiri sekolah setiap hari. Saat dia bermula mempertanyakan cara hidupnya, dia bertemu dengan sekumpulan pelajar pereka fesyen yang mempunya label pakaian yang dikenali sebagai "Paradise Kiss". Kumpulan ini perlu mencari model untuk memaparkan rekaan mereka dalam pertunjukan fesyen yang akan datang dan memutuskan untuk memilih Yukari. Awalnya, Yukari enggan untuk berkait dengan kumpulan ini kerana mereka kelihatan seperti pelajar bermasalah, tapi akhirnya dia menyedari bahawa mereka adalah orang yang baik. Selain itu, semangat mereka dan keghairahan untuk mengikuti cita-cita dan impian mereka membuat Yukari menyedari bahawa dia tidak menikmati hidupnya dan ia menyedarkannya untuk mengejar impiannya sendiri. Cerita berterusan dengan saat Yukari terlibat dalam Parakiss dan akhirnya jatuh cinta dengan ketua Parakiss, George.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...